Kelas STEM – IoT Piramid Makanan
14 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 13 Julai 2024 telah diadakan satu kelas STEM – IoT Piramid Makanan yang telah di laksanakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan piramid makanan. Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan umum bagi orang ramai. Ia menggariskan jenis dan jumlah makanan yang harus diambil secara harian. Piramid makanan memberikan panduan umum tentang pemakanan seimbang yang merangkumi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberikan zat serta nutrisi yang cukup kepada badan.
Di dalam kelas ini, para pelajar di minta untuk membina piramid makanan berdasarkan maklumat yang di perolehi melalui carian internet dan mereka di minta untuk membuat pembahagian makanan mengikut kelas yang telah di tetapkan. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami konsep piramid makanan dan juga fungsi piramid makanan kepada manusia dalam membekalkan makanan yang seimbang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: